Bahasa Melayu,  Cameron Highlands,  Languages,  Malaysia,  Travel

Cameron Highlands, Malaysia (Bahasa Melayu)

Saya berangkat dari Singapura untuk perjalanan 10-jam ke Cameron Highlands. Hanya saya seorang saja penumpang di dalam bas ini; seluruh bas kepunyaan saya. Saya rasa seperti diiringi secara peribadi sepanjang perjalanan ke Cameron Highlands ibarat seorang raja! Bas juga baru! Woo-hoo!

Saya tiba di Cameron Highlands (Brinchang) sekitar jam 7 pagi. Persekitaran kawasan itu bagai baru bangkit dan agak berkabus. Pelancong-pelancong di hotel sekitar pusat bandar Brinchang sedang dalam perjalanan ke pusat makanan untuk sarapan pagi. Di situ ada KFC. Tetapi saya kurang pasti jika ia sudah dibuka pada waktu itu.

Pelancongan Titiwangsa

Dijual oleh wakil anggota jualan yang cekap di mana pelbagai pelancongan dianjurkan oleh Titiwangsa, anggota operasi pelancongan utama di Cameron Highlands. Berikut adalah pelbagai pelancongan yang ditawarkan

  • Pelancongan Bebas (RM$25 bagi dewasa, berangkat jam 9 pagi dan 2.30 petang setiap hari, 2.5 – 3 jam. Lawatan ke Dewan Tumbuhan Berpasu, Pusat Strawberri, Pasar Sentral, Pusat Madu, Pusat Ros- dikehendaki membayar RM5 yuran masuk, Pusat Rama-rama- dikehendaki membayar RM5 yuran masuk, Kuil Cina)
  • Pelancongan Meneroka Alam Semulajadi (RM$60 bagi dewasa, berangkat jam 9 pagi setiap hari, 4 jam. Lawatan ke Gunung Brinchang- puncak tertinggi di CH pada paras 2000m, Hutan Mossy, ladang teh Boh.)
  • Pelancongan Agro (RM$60 bagi dewasa, berangkat jam 9 pagi dan 2.30 petang setiap hari, 4.5 – 5 jam. Lawatan ke ladang selada air, ladang strawberri, nurseri bunga, buah orchard mini dan sebagainya. Diakhiri dengan makan malam steamboat yang termasuk dalam harga pakej).
  • Pelancongan Sunrise (6-8 pagi setiap hari) Permandangan matahari terbit dari puncak permandangan yang tinggi di Cameron Highlands diikuti dengan permandangan pagi ladang teh.

Saya mengikuti Pelancongan Meneroka Alam Semulajadi. Saya dibawa ke (mengikut sususan berikut) ladang teh Boh, ianya sungguh nyaman dan saya dibenarkan memetik banyak gambar ladang teh hijau. Selalunya, terdapat pembimbing pelancong tentang kilang teh dan cara memproses teh tetapi ianya telah digantungkan ketika itu. Di situ juga terdapat sebuah kafe di mana anda boleh duduk sambil menikmati pelbagai teh Boh, tetapi ia sungguh sesak pada waktu itu dan teh yang sedang mengadakan jualan murah tidak kurang beza dengan teh yang boleh dibeli di hotel dan menikmatinya sambil merasai ketenangan dan masa sendirian di bilik hotel sendiri, terutama dengan kek dan pastry yang dijual di kafe yang sederhana.

Seterusnya saya ke Gunung Brinchang. Kata orang, ianya sungguh sejuk di puncak tetapi bukan ketika saya tiba di puncak. Mungkin kerana saya tiba pada waktu tengah hari. Anda akan mendaki menara yang karat dan curam yang dapat memberikan permandangan bukit-bukau Pahang dan Perak (kerana CH terletak di pertengahan 2 negeri). Tiada yang luar biasa, kecuali anda dapat berbongkak bahawa anda telah melawati puncak tertinggi Cameron Highlands.

Hutan Mossy. Indah khabar dari rupa. Tidak kelihatan seperti gambar yang ada di risalah Titiwangsa mahupun yang tertulis di risalah. Risalah itu mengatakan bahawa terdapat lintasan luas yang dapat kita menghargai hutan mossy dan gambarnya pula menunjukkan ruang yang sugguh luas. Tetapi sebenarnya, anda akan melalui hutan rimba dan memeluk batang pokok sambil mendaki. Bersiap sedia kerana kasut akan dipenuhi lumpur. ‘Hutan’ mossy itu akan membawa kita ke semak-semak kecil.

Booking.com