Bahasa Melayu,  China,  Hangzhou,  Languages,  Travel

Festival dan Aktiviti di Xixi Wetland, Hangzhou (Bahasa Melayu)

Pesta Bot Naga

Sertai keseronokan dan nikmati suasana meriah di sepanjang Sungai Shentakou dan Sungai Wuchang, di mana ribuan orang di memenuhi kawasan tebing sungai tersebut untuk menyaksikan peraduan lumba bot yang mengujakan dan meraikan pesta ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan zaman terdahulu, Opera CIna tradisional, persembahan Wushu, Tarian Tanglung Naga dan persembahan Tarian Singa. Pelbagai kraftangan – sebagai cenderamata untuk dibawa pulang sebagai tanda peringatan Pesta yang sangat meriah ini – kuih-muih tempatan juga akan dijamu semasa di pesta ini.

Pesta Huoshi (火柿节)

Dari bulan September hingga Oktober sahaja, yang mana ketika ini buah pisang kaki sedang masak ranum, para pelancong dapat menyaksikan suasana menuai dan dapat menyertai pelbagai aktiviti intraksi yang berkaitan – termasuk memetik buah pisang kaki, mempelajari budaya buah pisang kaki, merasai buah yang manis tersebut dan membawa pulang buah itu untuk dikongsi bersama teman-teman dan insan kesayangan. Ini adalah tradisi yang dipelihara sejak 2006.

Pesta Gantang (干塘节)

Basahkan diri anda dalam aktiviti-aktiviti “Gantang” yang melibatkan 3 langkah yang mudah: menimba air daripada kolam hingga kering, membersihkan lumpur dan menangkap ikan di dalamnya. Bangsa Xixi melakukannya pada setiap tahun untuk mendapatkan ikan yang sihat untuk dihidangkan sebagai makanan yang lazat sebelum Tahun Baru Cina.Tentunya, anda tidak perlu untuk membasahkan pakain anda. Pakaian kalis air disediakan pada hanya 50 Yuan sejam. Tambahan lagi, Produk produk akuatik yang anda berjaya tangkap tidak dikenakan caj tambahan : Ianya percuma!

Booking.com