Bahasa Melayu,  Johor Bahru,  Languages,  Malaysia,  Travel

Legoland, Johor Bahru (Bahasa Melayu)

Aku melawat Legoland  pada cuaca yang amat terik.  Ia adalah Hari Isnin, sementara semua orang sedang bekerja. Ha! Sebahagian taman tersebut memang sunyi.

Taman tersebut amat besar, malah lebih luas daripada Universal Studio di Singapura dan sememangnya besar daripada Sanrio Hello Kitty Town, iaitu pusat beli-belah  arked yang selalu diperbesar-besarkan.

Malangnya, taman tersebut tidak mempunyai tunggangan permainan yang menarik. Hanya terdapat dua roller-coaster, satu permainan air, ianya lebih kepada kanak-kanak citarasa seperti keretapi, versi Legoland Pusingan Cawan dan kereta bumper.

Tarikan utama dalam taman ini ialah Miniland.  Tempat-tempat yang terkenal dan pemandangan di Malaysia dan sekitar rantau telah dibina semila. Pada pendapat aku, inilah tempat yang paling istimewa di Legoland. Informasi yang terperinci memang menakjubkan.

Di luar Legoland juga terdapat bangunan yang hanya bertingkat satu yang kebanyakannya terdiri daripada gerai-gerai makanan & minuman seperti KFC, Burger King, Secret Recipe, Old Town Cofee, Manhattan Fish Market dan sebagainya. Ia juga mempunyai pasar mini yang kelihatan seperti stok yang kekurangan. Ini adalah pusat beli-belah yang tidak berhawa-dingin, tetapi kedai kedai individu adalah berhawa dingin.

Anda boleh melangkah keluar masuk ke taman tanpa halangan. Harus ingat untuk memakai jalur gelang tangan yang diberi daripada Perkhidmatan Pelanggan yang terletak di sebelah pintu masuk & keluar taman. Anda juga mesti menyimpan tiket sekiranya hendak masuk semula ke taman. Merka akan mengimbas semula rekod anda.

Para pekerja di pintu masuk tidak memeriksa beg aku. Botol air aku dirampas di pintu masuk Sunway Lagoon.

Makanan di Legoland tidak begitu mahal. Kos Ayam Lasagne (termasuk minuman ringan atau minuman panas)  ialah RM$22. Roti dan kaya puding (minuman ringan atau panas) berharga RM$12.

Tandas di taman tidak kelihatan banyak, dan semuanya terletak  agak jauh dari satu sama lain.

Ingat bawa pelindung matahari, topi, kacamata hitam dan payung, terutamanya jika hujan turn. Terdapat hanya sedikit perlindungan sementara di taman tersebut. Sekiranya hujan dan taman ini penuh dengan pelawat, mereka terpaksa berhimpit ke dalam tempat perlindungan yang terhad ini. Aku boleh bayangkan perasaan ketegangan yang ada pada waktu itu.

Sebaliknya, anda boleh pergi pada hari Isnin, sementara semua orang sedang bekerja. Ha!

Dari Singapura ke JB Sentral, sila ikuti arahan ini.

Terdapat bas perkhidmatan LG1 dari JB Sentral ke Legoland. Anda juga boleh kembali dari Legoland ke JB Sentral dengan bas LG1.

Di JB Sentral, kemungkinan bas LG1 tidak akan berlepas di teluk LG1. Jadi, sila beri perhatian bahawa tempat perhentian bas akan berada di tempat pelepasan lain.

Jadual perjalanan until LG1 boleh didapati di laman web Legoland Malaysia. Tambangnya adalah Ringgit Malaysia RM $ 4 sehala. Sila bawa tambang yang tepat. Mereka tidak menerima mata wang Singapura sebagai bayaran tambang.

Booking.com