Bahasa Melayu,  Cameron Highlands,  Hotels,  Languages,  Malaysia

Taman Resort Strawberi (Strawberry Park Resort), Cameron Highlands (Bahasa Melayu)

Cameron Highlands yang lama dan kukuh masih berdiri di atas tanah yang indah penuh dengan bunga-bunga cantik. Bilik-bilik telah direnovasi dan kini sesuai, moden dan luas.  Saya tinggal di dalam bilik Studio dan bilik mandinya juga sangat luas walaupun ia hanya ada sudut mandi dan tiada tab mandi.

Terdapat kolam tertutup dengan sauna tetapi tidak ada gimnasium. Ia juga ada spa.

Ia dikatakan bahawa skon (dengan jem dan krim) dan teh di Teres Jim Thompson adalah sebuah institusi. Walaupun ia tidak begitu luar biasa, yang menghairankan, saya sangat menikmatinya. Presentasi nya, walaupun ringkas, tetapi efektif.

Saya juga bersantapan malam di Teres Jim Thompson  – Sup French Onion (RM13), Steak Tenderloin (dengan kentang goreng dan sayur-sayuran rebus) (RM48),  House red wine (RM19).

Tiada yang begitu menarik.  Semua agak sederhana sahaja bagi harganya.  Walaupun saya telah meminta steak saya untuk dilakukan sederhana, ia merasa lebih sebagai ‘medium rare’.  Namun begitu, saya bersyukur saya mempunyai wang untuk bersantap di sana dari menunggu teksi (kesesakan lalu lintas yang lebih) untuk ke Bandar untuk memburu makanan yang murah.

Selepas itu, kembali ke bilik saya yang mempunyai lebih kurang 10 saluran tempatan dan kabel.

Sarapan pagi adalah campuran makanan Barat, Cina (congee) dan Melayu (nasi lemak). Kualiti nya tidak begitu hebat tetapi pasti akan mengenyangkan anda.

Ulasan: Saya ingin melawat beberapa tempat yang sejuk dengan banyak kehijauan, maka Cameron Highlands. Malangnya, ia tidak begitu sejuk, kecuali pada waktu pagi dan pada waktu malam. Pada siang hari, pabila matahari memancar terang, ia sangat panas seperti di Singapura.

Amat sayang sekali tempat yang pernah menjadi tenang dan sejuk kini sesak dengan lalu lintas.

Kelemahan: kesesakan lalu lintas di merata tempat (membazir waktu) , cuaca panas pada waktu siang.

Keistimewaan perjalanan ini: hotel yang cantik, skon, santapan malam.

Booking.com