Bahasa Melayu,  China,  Hangzhou,  Languages,  Travel

Tarikan di Taman Negara Tanah Lembab Xixi, Hangzhou (Bahasa Melayu)

Berada di sudut barat Hangzhou, Taman Negara Tanah Lembab Xixi merupakan kediaman kepada gabungan kehidupan Bandar serta ekologi kaya yang menarik, melebar bersama warisan yang kaya selama berabad-abad. Landskapnya yang tenang serta suasana yang damai telah menarik perhatian ramai penyair, penulis dan warga intelektual selama bertahun-tahun. Pengunjung hari ini dapat menikmati banyak enklaf yang indah di antara tanah lembab untuk menghargai apa yang pernah dilakukan mereka suatu ketika dahulu.

Menuju ke arah selatan Yanshui Hut (烟水庵)dan di sebelah Zhaotianmuyang (朝天暮漾) ialah Kedai Ikan Yanshui (烟水渔庄).Ia adalah tempat kepada tiga jenis asap – kayu willow, awan, dan asap cerobong, yang boleh membuatkan seseorang berasa terapung di atas langit di desa syurga yang terletak di atas awan. Setelah melihat pemandangan yang panoramic di puncak tiga-tingkat Yanshui Pavilion (烟水阁),  boleh bergerak ke Zhaotianmuyang untuk mencuba pelbagai hidangan ikan tempatan sambil menghirup teh bersama orang tersayang.

Di tanah lembab Xixi, pemandangan yang wajib tidak dilepaskan ialah kempung Shentankou (深潭口), yang juga dinamakan sebagai Pelabuhan Kolam Dalam. Dibarisi kedua-dua belah oleh pepohonan pokok camphor yang berusia 400 tahun, sungai yang menuju ke kampung, hanya boleh diakses melalui bot. Secara semulajadi, diselubungi badan air yang besar juga berkhidmat sebagai tempat perlumbaan untuk pertandingan Bot Naga, yang berlangsung setiap tahun sewaktu Perayaan Duanwu, yang membuatkan kampung kecil itu sibuk!

Tidak boleh ketinggalan adalah bunga plum dan pucuk buluh yang tinggi, yang boleh dihargai di Xixi Bunga Plum dan Kawasan Rekreasi Buluh (西溪梅竹休闲区). Kawasan ini merangkumi Xixi Villa Bunga Plum (西溪梅墅), Pondok Xixi (西溪草堂) dan Villa Gunung Plum dan Buluh (梅竹山庄). Pondok itu pernah menjadi rumah kepada cendekiawan terkenal pada Dinasti Ming, Feng Mengzhen (冯梦祯, 1546-1605), yang munulis kebanyakan puisinya di sini, dan mengekalkan koleksi kegemaranya. Villa Gunung dibina oleh Zhang Cibai, seorang cendekiawan dari Dinasti Qing (1777-1857 AD). Bulan yang terbaik untuk lawat adalah diantara februari dan March, apabila bunganya mekar penuh.

Lebih banyak lagi pemandangan alam semulajadi boleh didapati daripada Pondok Qiuxue (秋雪庵), yang terletak di tengah-tengah tanah lembab, yang hanya boleh diakses melalui bot. Ianya dikenali sebagai pemandangan paling indah di taman itu, dan merangkumi pemandangan penting, Xixilu (西溪芦). Bagi jurugambar, kawasan tontonan percuma terletak berhampiran taman, dengan sebuah menara kecil yang menawarkan lebih banyak pemandangan panorama taman itu.

Booking.com