Hotel Hotel Butik Yang Paling Banyak Disarankan, Singapura (Bahasa Melayu)
Singapura adalah sebuah kota yang hebat dengan jenama-jenama layanan yang besar. Beberapa hotel ini boleh didapati didalam kawasan pusat bandar sementara hotel-hotel yang lain terletak di luar kawasan pusat bandar. Meskipun ada percambahan dikalangan hotel-hotel antarabangsa di Singapura yang bertaraf 5-bintang, masih ada beberapa hotel bebas yang bernilai untuk pertimbangan anda.
Plaza Royal di Scotts (Royal Plaza on Scotts)
Plaza Royal di Scotts terletak di tengah-tengah kawasan belibelah Orchard. Hotel terkemuka yang baru saja diperbaharui ini menyediakan khidmat yang setaraf dengan hotel-hotel bertaraf 5-bintang.
Hotel Vagabond menawarkan khidmat mewah yang terperinci.
Berhiasan minimalis, hotel butik ini terletak hanya 5 minit dari Orchard Road. Mudah untuk ke kawasan belibelah Orchard tetapi tetap nyaman.
Hotel Yan ialah sebuah hotel butik yang menawarkan penginapan bersih yang berdekatan dengan kedai kedai makanan tempatan yang tidak mahal.
Hotel Clover North Bridge Road
Hotel Clover North Bridge Road terletak di kawasan kejiranan etnik Kampong Glam.
Setiap bilik di Hotel Clover The Arts adalah berlainan dari segi ubaheloknya. Lukisan dinding di setiap bilik di hasilkan oleh pelajar-pelajar dari sekolah seni berdekatan. Hotel Clover The Arts adalah pilihan yang baik jika anda inginkan tempat penginapan di hotel butik yang berdekatan kawasan temasya Clarke Quay.
Hotel G terletak di kawasan seni yang sedang berkembang di daerah Bencoolen. Pada hari hari biasa anda akan dapat melihat ramai pelajar pelajar dari sekolah seni yang bertentangan dengan Hotel G berulang alik.
Daulat terletak di kawasan Little India yang sangat sibuk. Bersebelahan dengan Daulat adalah beberapa kelab tarian Bangra. Pelancung wanita yang bersendirian di nasihatkan agar tidak menginap di Little India tanpa berteman.
Booking.com