Bahasa Melayu,  Guides,  Hotels,  Languages,  Singapore,  Singapore

Hotel Terbaik Yang Disyorkan di Daerah Perniagaan Pusat (DPP), Singapura (Bahasa Melayu)

Setelah kami paparkan hotel terbaik luar kawasan Daerah Perniagaan Pusat di Singapura dah juga hotel di kawasan kejiranan yang sunyi di Singapura, ini adalah hotel terbaik yang disyorkan di Daerah Perniagaan Pusat untuk anda pertimbangkan. Jangan lupa juga untuk membaca tentang hotel butik terbaik yang disyorkan di Singapura.

SO Sofitel, Singapura (SO Sofitel, Singapore)

Rekaan dari Karl Lagerfeld dan digandingkan Bersama pakaian seragam dari Chanel, hotel ini terletak di tengah-tengah daerah perniagaan itu dan bersebelahan dengan Lau Pa Sat yang bersejarah. Pada waktu malam, jalan tepi yang kecil itu ditutup dan diubah menjadi Kelab Sate—-dimana peniaga sate (daging panggang arang yang dicucuk dengan lidi dan dimakan bersama kuah kacang) terbuka menjual makanan mereka.

Holiday Inn Express Orchard, Singapura (Holiday Inn Express Orchard, Singapore)

Penginapan yang bersih, standard, berpatutan oleh jenama antarabangsa. Holiday Inn Express Orchard sudah tentu terletak di tengah-tengah daerah membeli-belah, Jalan Orchard, di Singapura.

Hotel Intercontinental, Singapura (Hotel Intercontinental, Singapore)

Hotel mewah ini terletak di atas stesen keretapi bawah tanah dan bersambung dengan pusat membeli-belah bersama panggung wayang.

This image has an empty alt attribute; its file name is InterContinental-Singapore_The-Lobby-Lounge.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is InterContinental-Singapore_Business-Room_King.jpg

Hotel Klapsons (Klapsons Hotel)

Hotel Klapsons menawarkan produk dan servis yang sangat baik. Ia terletak ditengah-tengah bangunan pejabat pencakar langit di Tanjong Pagar. Pada waktu siang, terdapat ramai eksekutif yang sedang sibuk berjalan-jalan di luar kawasan hotel. Pada waktu malam, kawasan itu sangat sunyi.

Naumi (Naumi)

Naumi ialah hotel terkini yang terdapat kolam renang infiniti yang menghadap kaki langit Singapura. Ia terletak bersebelahan dengan Hotel Raffles yang terkemuka. Pada Jumaat malam, pekerja hotel akan membuat lawatan bersama troli alkohol ke setiap bilik tidur dan penginap boleh memilih minuman keras yang mereka mahukan. Pada bila-bila masa, jika anda terlebih minum minuman keras, anda boleh minta pekerja hotel untuk membuatkan anda air protin goncang.   

Booking.com