Bahasa Melayu,  Hotels,  Kuala Lumpur,  Languages,  Malaysia

Mercure Shaw Parade, Kuala Lumpur (Bahasa Melayu)

Restoran yang dibuka sepanjang hari, ruang lobi  dan bar diatas bumbung adalah di antara kemudahan yang menyambut kedatangan anda apabila anda menjejak kaki di Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade. Dilengkapi dengan 176 Bilik Mewah, 33 Bilik Istimewa dan 4 bilik suit terunggul; terdapat bilik yang sesuai untuk pelbagai keperluan anda seperti penginapan bercuti bersama keluarga atau memanjakan diri anda ketika anda dalam urusan perniagaan luar negara.

Terletak di atas pusat membeli-belah Shaw Parade, ia antara lain memberi anda akses mudah untuk memilih pelbagai kedai makanan, membeli-belah dan hiburan.  Para tetamu yang ingin pengalaman membeli-belah yang lebih menarik boleh  berjalan kaki untuk singgah ke pusat membeli-belah seperti Berjaya Times Square, Sungei Wang Plaza dan Lot 10.

Reka bentuk dalaman hotel ini mempunyai keindahan yang tersendiri. Seni lukisan moden boleh didapati di setiap penjuru, dari dewan-dewan hotel hingga ke koridor dan dinding-dinding di dalam setiap bilik. Setiap lukisan bukan hanya sekadar penghiasan tetapi ia melambangkan sebuah  kebudayaan  yang mendalam yang hotel ini mahu menampilkan.

Restoran Chorak, yang dibuka sepanjang hari, mempunyai reka bentuk yang berunsurkan Cina-Peranakan yang terdiri daripada lantai jubin yang klasik dan pameran yang berwarna-warni. Berbanding dengan beberapa hotel yang agak suram dan hapak, tingkap yang sepanjang siling hingga lantai di koridor memberi cahaya semula jadi  membuatkan suasana di hotel bercahaya dan berangin.

Semestinya, lawatan ke Malaysia tidak akan lengkap tanpa mencuba pelbagai makanan tempatan di sini. Mulakan hari anda di Chorak, kemudian teroka tempat-tempat berdekatan yang akan menyambut anda dengan bunyi kuali, senduk dan celoteh orang tempatan yang rancak berbual. Di sini, anda akan bertemu dengan penjaja yang memasak makanan tradisi seperti Laksa Kari Nyonya, Nasi Lemak, Nasi Goreng, dan juga Tom Yam.

Pertubuhan moden di kawasan kedesaan – ini yang membuat penginapan anda di hotel ini amat mendalam dan kekal di memori. Nikmati penginapan anda kerana anda akan merinduinya apabila ia berlalu.

Booking.com