Bahasa Melayu,  Guides,  Hotels,  Kuala Lumpur,  Kuala Lumpur,  Languages,  Malaysia,  Malaysia,  Singapore,  Singapore

Reka Bentuk Hotel-hotel di Seluruh Asia (Bahasa Melayu)

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang estetik dan luar biasa, hotel-hotel di seluruh Asia ini bakal menambat hati dengan rekaan-rekaan yang memukau mata anda.

Hotel Capella, Singapura

Direka oleh Norman Forster, Hotel Capella di Singapura ini terkenal kerana hotel ini merupakan tempat pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong Un pada tahun 2018. Penyanyi terkenal seperti Madonna dan Lady Gaga juga pernah menginap di hotel ini.

Hotel So Sofitel, Singapura

Hotel So Sofitel merupakan hotel yang direka oleh pereka lagenda terkenal, Karl Lagerfeld, maka tidak asinglah jika anda melihat ada kakitangan hotel terutama pelajar yang mengikuti latihan industri memakai pakaian seragam berjenama Chanel.

Hotel Crowne Plaza, Singapura

Bertemakan bunga-bungaan serta ruang kamar mandi lutsinar yang membolehkan anda menonton televisyen dari dalam kamar mandi, Hotel Crowne Plaza di Singapura ini merupakan perintis rekaan revolusi di dalam industri perhotelan tempatan sejak ianya dibuka pada tahun 2008. Hotel ini direka oleh sebuah firma arkitek Singapura iaitu WOHA. WOHA mengetengahkan ciri pintar di dalam setiap bilik rekaannya.

Hotel Parkroyal On Pickering, Singapura

Satu lagi hotel rekaan WOHA yang terkenal ialah Hotel Parkroyal On Pickering di Singapura. Buat tetamu kelab, sebuah ruang legar khas telah disediakan di tingkat atas hotel. Keunikan ruang legar yang berkonsepkan suasana dapur ini menjadikan hotel lima bintang ini terkenal. Hotel ini juga turut dilengkapi dengan ‘cabana’ atau pondok-pondok kecil bersebelahan kolam renang yang menjadi tempat kegemaran pengguna laman sosial Instagram untuk merakamkan gambar.

Hotel Four Season, Kuala Lumpur

Hotel Four Season ini bukan sahaja dilengkapi dengan bilik-bilik yang dihias mewah, malah rangkaian restoran makanan dan minumannya yang menawan dengan hiasan bunga-bunga segar serta porselin yang cantik menjadi tarikan utama hotel ini.

Booking.com