Hotel Bersejarah, Asia (Bahasa Melayu)
Di Singapura yang serba moden dan bersinar, ia mungkin sukar untuk mencari secebis sejarah di dalam bandar yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit ini, apatah lagi di dalam hotel yang anda duduki.
Hotel-hotel ini membingungkan peraturan dengan sejarah mereka.
Amoy telah ditukar daripada rumah-rumah kedai lama dan disambungkan kepada sebuah kuil Cina pra-Perang Dunia Kedua di mana sekarang ianya adalah sebuah muzium. Walaupun ianya bersejarah, ia terletak di daerah kewangan dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan pencakar langit.
Capella Singapura telah ditukar daripada banglo-banglo kolonial pada tahun 1880-an ketika Singapura berada dibawah jajahan koloni British. Tempat resepsinya dahulunya merupakan dewan mes para pegawai Artileri Diraja British. Capella Singapura amat terkenal sebagai tempat dimana persidangan nuklear Trump-Kim diadakan pada tahun 2018.
Di samping hotel-hotel bersejarah di Singapura ini, seperti Amoy Singapura dan Capella Singapura, hotel-hotel di segenap Asia ini juga menarik perhatian dengan kisah sejarah mereka.
Mandarin Oriental Bangkok yang indah ini wujud sejak tahun 1876. Mandarin Oriental Bangkok ini telah menerima lawatan ramai orang-orang kenamaan, termasuklah ikon klasik gaya, Audrey Hepburn.
Sayap Majestic di Hotel Majestic Kuala Lumpur ini telah wujud sejak tahun 1932. Sayap Majestic ini telah diisytiharkan sebagai bangunan warisan kebangsaan di bawah Akta Benda Purba. Dari tahun 1984 hingga 1998, Sayap Majestic ini merupakan Galeri Seni Malaysia sebelum ia melalui proses membaikpulih yang meluas untuk menjadi hotel mewah semula.
Booking.com